Sunday, October 16, 2011

::Secangkir Kasih Titipan Ilahi::




As-Salam…
Being a part of Garden of Knowledge and Virtue for such a long period is actually a really precious opportunity that being granted by Almighty Allah throughout my life. It is really proud to say that I do get so many things here, that we will never expect to gain them in another place. The conducive and favorable environment of KIRKHS itself really inspired me to be SOMEONE and to achieve SOMETHING up to the highest extent that I could reach.  So, whole-heartedly, here I wanna wish all of you, my beloved colleagues and juniors all the best and may you will also share the same gratification like me to be in this path. Be well, keep doing the good effort, and may Allah grant us the smooth sailing of everything.

ا لذين يستمعون القول فيتبعون احسنه اولئك الذين هدىهم الله واولئك هم اولوا الالبب

39:18 Those who listen to the Word, and follow the best of its application (in a given situation), such are the ones whom God has guided, and they are the ones endowed with insight.

Lets us together strive to be among of the possessors of GREAT WISDOM, Insha Allah. Stead fast, be persistent and smart! We are the awaited Da’i for the Mad’u all over this spacious universe. KIRKHS is the best ever. Hope to be here again, insha Allah..Do pray for me J ~ The secret of success in life is for a man to be ready for his opportunity when it comes.~
::Tuan Nor Shazni Binti Tuan Muda, 0731862, Usuluddin 2008-2011::
*************************************************************************************

As-Salam…
Ya Allah Ya Rabbi…
Sudah lama rasanya tidak mempunyai kesempatan untuk mencoret lakaran rasa seperti ini…rindu yang teramat untuk berkongsi rasa, pengalaman dan juga ilmu…..kekangan masa yang tidak putus-putus menerjah kehidupan sehari-harianku kini…Namun, itu tidak dapat dijadikan alas an sebenarnya..Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..tak gitu? hehe…Apa-apa pun..hanya Allah yang tahu..betapa hebatnya rindu ini untuk bertamu ke kehidupan sebelum ini…hehe… kehidupan seorang siswi yang aman damai dalam daerah taman ilmu dan budi…
Oh ya …ucapan di atas sebenarnya merupakan skrip ucapan yang telah disediakan atas permintaan seorang junior semester lepas (semester akhir noni di UIA). Katanya, sebagai azimat dan wasiat dari seorang senior kepada generasi adik-adik, untuk dimasukkan ke dalam bulletin kulliyyah kami. Hmm…time tu rasa sgt tak layak nk bagi apa-apa titipan kepada mereka, namun sebagai menghargai permintaan tulus mereka, ku ladeni jugak sebuah coretan ringkas itu. Dan hasilnya, hari ini, 15 Oktober 2011, secara tidak disengajakan, tiba-tiba terjumpa semula file coretan ini di desktop Aspire 5570 ku yang tersayang, lantas mengundang suatu rasa yang sungguh tidak dapat diungkapkan dan dirungkai dengan mana-mana bait kata. Ya Adzhiim…sebak yang tidak terhingga…seakan tidak disedari, begitu pantas masa berlalu. Isnin lepas, 10 Oktober 2011, merupakan hari yang teramat bahagia sepanjang 23 tahun hidupku ini, secara rasminya, noni kini telah dinobatkan sebagai seorang graduan ijazah sarjana muda, Universiti Islam Antarabangsa. Subhanallah, sungguh indah perasaan itu, sungguh sayu tatkala perit jerih yang dilalui selama ini terbayar dengan air mata ibu bapa serta keluarga tersayang.




Yaa Rahman Yaa Rahiim, begitu hebat aturan-Mu,..





Sebenarnya tahap ini bukanlah sesuatu yang mampu dibanggakan lagi, namun sudah cukup memuaskan diri ini apabila berjaya membahagiakan insan-insan yang tersayang. Dan, inilah merupakan titik permulaan yang cukup bermakna dalam hidupku ini. Setelah hampir 5 tahun bergelut dengan tekanan di Taman Ilmu dan Budi, (2 tahun peringkat matrikulasi dan 3 tahun di main campus), akhirnya, noni berjaya menggapai segala yang dicitakan. Sungguh hebat kuasa Allah, He is totally a good planner, Dia tahu apa yang diperlukan hamba-Nya. HAmdan lillah,Dialah juga yang memudahkan langkah dan lorongku ini. Cabaran untuk menghabiskan ijazah sarjana muda selama 3 tahun di UIA ku sahut dengan jayanya, meskipun di awal langkah itu diri ini hampir-hampir tersungkur. Bukan mudah menyahut sebuah cabaran ini, dan tidak semua yang menyokong hasratku ini pasa mulanya, namun ku kentalkan ja semangatku demi sebuah cita-cita. Dan utamanya, keluargakulah yang menjadi pemacu utama sebuah tekad ini. Hasrat ingin mengambil alih tanggungjawab kakak tercinta (dia perlu berkelana ke bumi Kuwait selepas ini) benar-benar  memberikanku satu semangat dan kekuatan yang luar biasa, dan akhirnya, dengan izin Sang Pencipta, sebuah impian benar-benar menjadi realiti. Air mata yang tidak putus-putus ini mengiringi sebuah kesyukuran,terima kasih Yaa Rabb, terima kasih mak abah, terima kasih kakakku, terima kasih abang-abangku, terima kasih adikku, terima kasih keluargaku, terima kasih pendidik-pendidikku, terima kasih teman-temanku…dan..terima kasih kepada semua.
Benarlah…setiap aturan Allah itu pasti ada rencana dan hikmah yang tidak ternilai ….


قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ 


51. Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."

Dan kini, langkahku mulai terukir…ya..setapak ke daerah yang agak asing…yang langsung tidak pernah singgah di minda ini untuk direncanakan…namun, Allah punya kuasa,,..Dia mengatur diri ini untuk berada di sini…satu dimensi yang cukup berbeza…segala-galanya seakan akan sebuah mimpi..halusinasi mungkin…namun…inilah kenyataannya…Segalanya Bermula Di Sini…
Akhirnya..daku mulai menemui sebuah ‘cinta’ baru..cinta yang telah memahatkan sebuah matlamat sejak azali..memartabatkan syiar agung, di samping mengimarahkan tali Allah dan juga tali manusia…
Sungguh indah hidup berjemaah… 

يد الله مع الجماعة



Dimensi ini membawa beribu keindahan dan kemanisan dalam hidup kami..sungguh anugerh ini tidak terhingga Yaa Aziz…ilmu dan pengalaman yang tidak mampu ku kutip meskipun berkelana seisi dunia…Terima kasih memilihku untuk berada di kalangan mereka-mereka yang hebat Yaa Qayyum :)
Dan semoga Allah terus meminjamkan kekuatan-Nya buat kami, menyalurkan kami semangat srikandi-srikandi terulung Hawa, Siti Hajar, Mariyam, Asiah, Khadeejah, Aisyah, Asma’, Fatimah dan mereka mereka yang menghidupkan syiar agung …..Moga kami terus utuh di lorong ini Yaa Mujib..terus bersedia mempersiapkan diri untuk menjadi Murabbi…juga Muslih…ingin juga diteladani..bukan sekadar ditontoni persis selebriti…


Hanya Kau yang maha mengetahui setiap gerak hati kami… Semoga kami sentiasa diiringi limpahan rahmat, kasih dan redha-Mu..Allahu musta’an ")
Kepada semua, terima kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan, nasihat dan pertolongan. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Moga kita sama-sama dikurniakan Husnul khateemah, pengakhiran yg baik dalam musafir hidup kita ini.



-thanks everyone- touched yang amat dat day T_____T-
-thanks family,thanks best mates, thanks krew Solehah, thanks team Solehah, thanks semua..bounty loves ::


Sebagai titipan untuk kita bersama,
Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda:
Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.

Hargailah mereka yang sgt berjasa dlm hidup kita..merekalah sumber aspirasi dan kejayaan kita di dunia dan akhirat selain Allah dan rasul..dan, inilah kunci kejayaan dan kebahagiaan noni selama ini.. :)



---kerana penghargaan itu tidak akan pernah habis untuk dimanifestasikan—-
:: seseorang yang tidak menghargai dan mensyukuri manusia, maka dia tidak mensyukuri Allah::











Doakan kesihatan noni :)
اللهم أنت ربي لاإله الإ أنت عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم ما شاء الله كان ومالم يشاء لم يكن ولا حول ولا قوة الإ بالله العلي العظيم أعلم أن الله على كل شيء قدير وأن الله قد أحاط بكل شيء علما اللهم أني أعوذ بك من شر نفسي ومن شر كل دابة أنت أخذ بناصيتها أن ربي على صراط مستقيم
Ayuh, kita sama-sama mengatur langkah menjadi ‘SOLEHAH’..Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan, adalah WANITA SOLEHAH…
Keagungan peribadi seorang wanita itu terletak pada kesudian untuk memberi bila beruntung, memimpin bila berilmu dan membela bila kuat, hanya kerana Allah ta’ala :)

Hayya… Ijahid wala taksal…
Ma’as salamah, wa ilal liqo’ :)




Saturday, September 3, 2011

::Sebuah Pilihan::

As-Salam
Eid Mubarak 1432H
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Taqabballahu minna wa minkum...
Semoga kedatangan hari kemenangan ini mengembalikan kita kepada fitrah kita sebagai seorang hamba kepada-Nya
........................................................................................................
Duhai sekeping hati...kuatlah!
Sungguh....aku begitu mendambakan sebuah pilihan yang lain...
Pilihan yang bisa membawaku kepada sebuah daerah yang lain...
yang tidak lagi berkisar dengan jalan cerita yang sama...
aku ingin benar 'terbang'
terbang ke kota jajahan baru...
di mana kota itu bisa membuatku menjadi seorang yang 'BARU'
kota di mana tiada seorang pun penghuninya mengenaliku...
aku ingin benar lari...
lari dari segenap keresahan ini....

Ya Rabb...
pinjamkan aku secebis ketenangan-Mu
titipkan aku bingkisan kekuatan-Mu
aku kini teramat lemah..
longlai menguasai segenap ruang...
moga aku dpt bangun dr 'jatuh'ku ini...

hanya kepada-Mu aku berserah 
********************************************************

Thursday, August 25, 2011

::P.E.M.E.R.G.I.A.N::

As-Salam

Allah Ya Nuurul Adzhim telah menukilkan dalam surah Al-Baqarah : 155


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa 

musibah

 mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya 

adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~

 Surah al-Baqarah , ayat 155



 ::Kullu Nafsin Dhaa Iqatul Maut - Every Soul Will Taste Death::


**********************************************
berita pemergian mereka secara berturut-turut benar-benar menyentap hati dan sanubari aku,..
aku rasa wajar untuk aku katakan ...byk ruh yg dijemput-Nya sepanjang Ramadhan ini..
yang dkt dgn aku..apatah lagi
insiden semalam masih lagi utuh melekat dalam kotak fikiran aku,
dan sampai ke saat ini pon..paparan babak2 semalam masih rapi dan ligat berlayar di ingatan aku..
sungguh..aku tidak menyangka..sekujur badan yang aku tatapi semalam adalah arwah ayahanda tercinta kpd teman baik aku, Lina Syamimi..
Ya Allah...berita itu benar2 menyentap seluruh urat rasa aku..
mangsa tersepit yg cuba dikeluarkan oleh bomba smlm adalah arwah papa..
insan yg agk rapat dgn kami..seorang yg sgt mesra dan luhur ...
sungguh..kebetulan itu benar2 membuatkan aku sesal..
sesal krn aku antara yg lewat menerima berita itu..walaupun..aku menyaksikan kejadian tersebut di hdpn mata sendiri...
Allahuakbar,..
rencana Allah punya hikmah tersendiri...
Moga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman dan beramal soleh..
kepada sahabat yg tercinta..
moga kalian sekeluarga kuat dan tabah menerima ujian Allah ini..
sama-samalah kita mendoakan yg terbaik buat arwah
Al-Fatihah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kita ditemukan untuk dipisahkan..
dan kerana itu..kita harus akur dan redha untuk setiap ketentuan-Nya..
kita masih lagi ditaklifkan amanah oleh Sang Pencipta
memegang mandat sebagai khalifah untuk sedikit masa lagi..
jadi..ayuhlah...kita sama2 memanfaatkan peluang yg ada ini..
untuk memanifestasikan makna penciptaan kita sebagai hamba-Nya..
moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur..

~~~~~~~~~~~~~~
KEHILANGAN...

suatu perkataan yg mungkin memberi konotasi yg agak negatif dalam kamus mana2 individu..
aku sendiri...sudah cukup fobia dgn term itu..

siapa sahaja yg  sukakan K.E.H.I.L.A.N.G.A.N??
boleh kata...semua org ingin mengelak dr menghadapi frasa ini...
namun...rencana Allah...tiada siapa mampu menolaknya...

itu antara suatu yg pasti berlaku dalam kitaran hidup mana-mana insan..
dan inilah sebenarnya yang mampu mentarbiyyahkan seorang hamba...
membawa hikmah yg tersendiri...
yg mungkin tidak dapat kita singkap pada hari ini..
tapi memberi makna yg bernilai untuk hari esok....

di lewat Ramadhan ini...
sebuah rindu datang lagi,..kali ini..benar-benar menggamit aku
dtg dr pemilik hati dan nyawaku ini..
aku rindu..
rindu untuk sama2 menghayati barakah ramadhan dengannya..seorang lagi abg aku..yg benar-benar dekat di hati aku,,
yg saban malam mengimamkan terawihku..
atau memboncengku ke mana2 masjid atau surau..
memimpinku untuk sama2 menghargai tetamu Ramadhan ...
terima kasih sang abang ...untuk sebuah memori yg cukup indah..
terima kasih Allah..kerana meminjamkan arwah kepada kami untuk seketika..

terasa semalam kami masih bersama,
hakikatnya, 11 tahun sudah berlalu..
dan sepanjang itulah juga..Ramadhan kami sepi tanpanya..
allahyarham Tuan Mohd Tarmizi...semoga roh-mu ditempatkan di taman syurga-Mu ya Rabb...
sepanjang itulah juga..aku setia merinduimu,,,
Al-Fatihah~~


-----------------------------------------------------------
kepada Ramadhan yg bakal berlalu pergi..izinkan aku menghirup secangkir barakahmu..menikmati kemuliaan yg kau bawakan...
ku pohon..agar..kau tidak segan mngunjungiku lagi..di tahun tahun mendatang...biiznillah :)
Eid mubarak..
bersama kita kembali kepada fitrah~~


************************************
sebuah percaturan bakal diatur..
Ya Allah..
kau permudahkanlah segala laluanku ini..
sesungguhnya..rencana-Mu teramat teliti dan rapi
tidak mungkin dpt disanggah...apatah lagi dipersoalkan..
moga setiap yg aku aturkan ini...diiringi cebisan redha-Mu Ya Allah
dipinjamkan kekuatan oleh-Mu...sbg supplement .,..bekalan untuk meniti hari-hari mendatang... ")


**************
::kepada yg sentiasa menyokong diri ini...hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian
::kpd keluarga yg sntiasa kuat di sisi...kalian anugerah terbesar dr Sang Pencipta buat saya...
::Sanah Helwah buat seorg teman yg jauh berkelana...moga sentiasa dm lindungan Allah :)


-----------------------------------------
bersama kita menghargai sisa-sisa ramadhan yg dtg bersama 2 syafaat ini...Quran dan puasa...

moga kite bersama dlm golongan yg sentiasa berebut untuk memperoleh bonus tahunan ini

-wassalam-





Saturday, August 13, 2011

::T.R.A.V.E.L.O.G. R.A.M.A.D.H.A.N.1432H::



As-Salam...

Dearie BawangUngu...

Menyingkap tabir Ramadhan 1432H....
Setinggi-tinggi syukur dirafakkan buat Yang Maha Agung
Pencipta sekalian alam...
atas rahmat dan kasih sayang-Nya yg tidak bertepi  
sehingga masih lagi menemukan aku dengan ramadhan pada kali ini...
....hamdan lillah...
moga Allah membantuku dalam memanfaatkan sepenuhnya kedatangan tetamu AGUNG ini...
memberi pencerahan-Nya...
agar mampu untuk aku menunaikan hak-hak yg wajar diterima oleh sang TETAMU ini...
kerana....
TETAMU ini...
mungkin tidak bisa lagi mngunjungiku..untuk kesekian kalinya
............................................................................................................................



يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون(183)

Pejam celik-pejam celik...kita dh pon melangkah masuk fasa kedua Ramadhan...
Ahhh...sungguh pantas masa melarikan dirinya...
dan kita kini sudah pon di 2nd stage bulan yang penuh mulia ini..fasa Maghfiroh....Fasa keampunan..
Di mana ..Allah menebarkan seluas-luasnya pintu keampunan kepada hamba-hambanya ....
Yaa Ghaffar..Yaa Rahiim...
Moga kita same2 tergolong dalam kelompok mereka yg sentiasa bertaubat...

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8).

---Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat---

**Imam Ghazali pernah menukilkan bahawa antara sebab kita masih lagi dihidupkan oleh-Nya di atas muka bumi ini adalah kerana Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertaubat di atas dosa2 kita yg terlalu banyak seperti buih2 di lautan**

--Moga kita sentiasa kekal dlm momentum mereka yang sentiasa bertaubat...allahumma ameen--

*************************************************

Ramadhan kali ini teramat istimewa bagi aku...
Sungguh byk pengertian yg dibawakan oleh madrasah Ramadhan ini...
Cebisan-cebisan ujian dari-Nya ini benar2 mentarbiyyahkan seorang AKU..
terima kasih Allah..
semoga aku akan sentiasa berada di bawah lindungan-Mu..


+++++++++++++++++++++++++
^^ketiadaan air di 'banglo' Haleemah selama beberapa hari benar2 mnguji ramadhan kami...
sesuai benar dengan pengertian RAMADHAN...atau RAMADH..yg bermaksud bahang..,
walau bkn bahang yg memanah kami..
namun...air yg selama ini menjadi sumber kehidupan harian kita...
tiba2 putus dan 'merajuk' membawa diri
hanya kesabaran yg menemani kami...dalam menjalani ibadah puasa dan melaksanakan tuntutan harian..
kini...kami benar2 menghargai kehadiran-nya
<mode insaf tak nak bazirkan air dah :) >

^^kadang-kadang..x semua yg kita miliki..akan kekal bersama kita...
begitu juga kebahgiaan sekeping hati ini
direnggut serta merta apabila sesuatu yg sgt berharga dan mmpunyai nilai sentimental yg tinggi tiba2 meng-hilang-kan diri..
..ades...pesal seme nk hilang nehh..waaaaa...
jam tangan pemberian kakak tersayang yg sudah sekian lame menjadi teman setia + mr.penjaga masa aku...
dgn tibe2 je me'lolos'kan dirinya...
tanpa sbrg kesan plak tu
sh la tyme tu tgh under pressure air takde...waa
cantik rencana Allah
bak kate kak elly...kita kene meredhai dulu kehilangan ape2 je harta pinjaman kita..
kalu betul tu hak kita..inshaAllah..dgn sndirinya dye akan kembali pada kite
rezeki tak ke mana...
Yaa Fattah Yaa Aalim...

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

--dan sangat miracle bagi aku..lpas lebey kurang 2 hari hilang tanpa jejak...bangun sahur suatu pagi tu..jam tu tibe2 je ade balik blakang lappy kesayangan aku...tak tahu nk gambarkan betapa aku mensyukuri SEKALI LAGI pertemuan itu...dan nyata..Allah mmg sgt ADIL pd hambaNya..tidak sesekali Dia biarkan hambanya dalam kesusahan dan kesedihan yg berpanjangan--
~~Hamdan lillah~~

^^perjalanan lone ranger aku ke utara (1st time kott..hehe) pon byk memberi aku 'lesson'
adegan seorang ayah yg merajuk turun kereta dan tibe2 nk naik bas kiteorg lpas kene marah ngan anak dia sgt mruntun hati aku...smpai aku yg terpisat-pisat bru bgon tdo tyme tu meembeskan air mata tanpa sedar

moga Allah ampunkan dosa ank Pakcik tu 
dan juga Allah hindarkan aku dr melakukan perkara yg sama pada kedua org tua aku
wal'iya dzubillah...
--ingatlah....seteruk mane pon karenah org tua kita...sebeban mane pon mereka pada kita...tanpa mereka...takkan lahir kita di alam ini..
dan....yg paling pnting.karenah kite dr kecil smpai ke besar dulu berganda ganda teruk jika nk dibandingkan dengan karenah org2 tua kita pada hari ini..---
renung-renungkan kisah si ayah,anak dan burung murai dulu

^^dan kisah aku terlepas tiket pg tu pon buat aku jadi lebih berhati2 <xley ngarot2 n semberono..haha>
haha..tula tiket bas kul 10..tp yakin2 je ckp 10.30...adess
kesudahannya..main rembat je bas ape yg ade..asal smpai kl..walaupon dlm tu ade 2-3 kerat je pompuan..n dikelilingi 'macha'2 yg tak kurang macho nye..ahaksss
mmg dh mcm bertarung nyawa la ari tu,,
dgn keberanian melawan trauma nk naik teksi..hahaha
bihifzillah..ameen :)


*****************************
okeh...masuk balik point asal kite....
::T.R.A.V.E.L.O.G.  R.A.M.A.D.H.A.N 1432H  ::

ahhaa~~~
owh..ihya' ramadhan kali ini kami sambut bersama-sama mu'allim tersayang..Ustaz Roslan...dan juga team krew yg mantap di studio sempena rakaman episod puasa & raya
alhamdulillah...byk sungai ilmu yg sempat kamu lalui pada hari tersebut sebelum sesi tamat sebelum maghrib..
maka...bermulalah ramadhan yang mulia 1432H
serta...bermulalah cuti panjang kami drp sbrg rakaman sepanjang ramadhan ini
hamdan lillah


tp..agak menyedihkan..bila one of our members terpaksa meninggalkan madrasah kerana tuntutan kerja
Ukhuwwah itu indah ..bila bertemu dan berpisah kerana Allah
nampaknya...kami semua terkesan bila ketiadaan si Yassar bersama-sama kami
kepada Yassar..moga Allah sentiasa mempermudhkan laluan hidupmu..ameen~~


-ms.soul-mate yg chantek-




dan ini merupakan antara episod-episod last yg sempat dirakamkan..
dan agak menyedihkan..coz sekembalinya kami dr cuti nnti..mngkin akan ada lagi 'kehilangan' yg tidak kami duga...naudzubillah...
kepada Ustaz Roslan...ustaz mmg terbaik bagi kami...dan mengenali ustaz merupakan antare nikmat yg terindah pernah kami kecap..terima kasih Tuhan
kpd team sahabat..kita same2 saling lengkap-melengkapi...terima kasih atas segala kerjasama dan toleransi..
mintak ampun maaf atas salah silap secara sedar atau tidak..
Moga Allah sentiasa meredhai usaha kecil kita ini :)
kpd ahli baru..ahlan wasahlan :)









********************
Dan ini pula kisah 1 Ramadhan..
Farrah yg ingin mnuju ke kampung halaman
menambahkan lagi kesepian aku di taman ilmu dan budi ini
waaaaaaaaa T_________T
seme dh takde...
buat aku rase hiba yg amat
mujur masih ade minah kechik chomel yg stia di sisi aku..kak elly...thankss a lot
farrah...we gonna miss u dearie :(




********************
Ini plot untuk berbuka puasa
memandangkan cafe kiteorg mcm tak tentu bukak dan tentu2 tutup..kekeke <jgn marai bai ye>>
tiada pilihan lain melainkan menjengah ke bazar2 ramadhan
adess...bermulalah jihad melawan nafsu bile tengok deretan mkanan yg terhidang bwah payung bazar...waaa
tp yg best gi bazar neh...
bleh tukar2 bazar...
bleh plih2 menu yg sgt variety..haha
dan di bawah ni adalah Murtabak Raja yg mavelles...
tp kannnn...
kechik ni je pon dh RM3.50..aishhhh


************

Okeh...kesah solat terawih..
ni pon antara nikmat ramadhan kali ni
selain mnikmati -kesepian- taman ilmu dan budi yg bisa menjalarkan rasa sebak dan hiba
pluang untuk tour masjid dtg tanpa diduga
thanks to -suami- rumate aku yg tersayang -fazet- a.k.a UMMI
thanks abah a.k.a Ustaz Hazwan coz susah2 bawak kami sebilik round byk masjid untuk terawih..
antara kenangan Ramadhan yg benar2 meninggalkan kesan di hati
Fazet..jung...huhu..kalian antare rumate yg terbest noni pernah ada
tak taw nk ekpresskan rase trima kasih yg mnggunung ni..
tp ketahuilah..syg noni pada anda berdua sgt2 besar...mcm kite dh kenal bertaun-taun..
trhutang budi pd Allah sbb menemukan kita...
hebat rencana Dia..
kerana Dia kita bertemu..dan kerana Dia kita berkasih sayang
mesti pasni...konpom2 rindu yg tak sudah kt korang..waaa
nk sahur sesama...nk buke sesame..nk terawih...nk gi bazar..waaa
once again..thanks rumates + ustad...hehehe
thanks jugak MBY...best tdo dlm tu..keke <jgn mrh abah!>

--Jalan Ibadat-- @trip Masjid Wilayah..& excited dpt solat dgn Imam Sheikh Jebril from Egypt...bena2 menggamit rasa untuk kembali ke tanah Haram--


****************
ini cherita BEST 5 Ramadhan
thanks abg wan syg...
dtg angkot brg2 n khazanah yg setelah selama 3 tahun terkumpul di mahligai aku, blok B, Haleemah..
mmg tak tercapai akal...lps 2-3 kali angkut b4 diz..sisa2 kehidupan yg ade..still tak muat lagi  ntok  diisi dlm Triton..adesss..hasilnya...sian abg aku..adik aku..kawn wan..n kazen aku..kekeke


ni antare benda yg buat aku excited spanjang hari...
dhla dpt GORGEOUS GIFT from a beloved bro of mine..
thankss wan!!! <3
then..dye bawak plak kiteorg iftar kt tmpt yg dh lame aku idam2..waa
Hadramawt kt Chulan Mall dpt Pavi...
nasi arab kt sane..perghhh...mmg mavelles....
thanks once again..
mmg terbaik! :)

adik yg prasan ensem..haha











**********
ini pula percutian ke utara aku
keke...
thanks to kakak chomel @ kaksu..
noni syg kak sepenuh hati
kak antare insan yg benar2 noni kagumi
moga Allah kurniakan segala yg tebaik untuk akak...

tomyam chinta qaseh kami-resepi org bujang di rumah bujang jauh di tgh estet Kulim-keke
ini kangkung n kubis goreng kicap-resepi cincai kami yg mavelles-


::Si pinky WMW yg sgt adorable...jeless::
                                                                          
ini kakak sy yg awesome..kak su..missy chomel kulim


moga kebahagiaan milik kaksu juga suatu hari nnti :) lurve u kak!



*****************************




antare penceria iftar beta mnggu ini
thanks qlah sudi dtg tmankan aku..
ko mmg BEST...
mmg haru habes la..
n thanks jgak coz CULIK kami ke bazar smalam..BEST..hehe
momen 2 indah yg tak kan pernah lupus dlm ingatan aku



::kak elly..u inspired me lotsss::


;:moga Allah berkati ukhuwwah kami ::

*******************
ahha..ini part paling best
ank buah baru kami
tahniah puan Jannah dan Encik Fikri atas kelahiran puteri yg sgt chomel...
tak sabar nk dkung n cium <3 waaaaaaaaa
moga puteri yg lahir ini bakal menjadi sebutir permata yg berkilau dgn pancaran kesolehahan di dunia & akhirat...inshaAllah

--jannah dh ade permata hati..kita ni plak cane....waaaaaa...moga saat indah itu kan tiba jua suatu hari nnti..--

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sekian..........................
Salam Ramadhan 1432H
bersama kita merebut bonus tahunan neh
inshaAllah :)


^^AyzAmiA


********ralat teramat sebab tak de pluang langsung nk iftar ngn soulmaes-kenot-aja-yaya*******
huhu...damn missing all of u ...besties


::mereka-mereka yg sentiasa di hati::

---------rndu jgak nk buke pose ngn team mrc...iftar uia...n seme prog2 ihya ramadhan kt uia..waaa-----

**kepada si teman yg bakal menempa langkah baru....semoga Allah mempermudahkan langkah kalian..menetapkan langkah kalian di jalan-Nya**
doa kami sentiasa bersama kalian
butiran permata bakal dilahirkan...ayuh mujahidah...truskan langkah jihad kita :)


-----akhirnya...home sweet home----
bakal menjejaki rumah for -gud-...hehe...tak taw lagi
tp..yg penting...nk rehattttttttttttt dulu.... :) 

----bersama kita hidupkan ramadhan yg makin jauh mninggalkan kita-- :)

::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D