Saturday, July 21, 2012

::Ramadhan bersama Rasulullah::

As-Salam...
Dearie Bawang Ungu...
Hamdan lillah..hamdan lillah..hamdan lillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.wt di atas ihsan-Nya yang tak pernah putus kepada kita, dan menemukan kita sekali lagi dengan tetamu agung yang ditunggu-tunggu saban tahun..

Ahlan yaa Ramadhan Kareem...Wallahu Akram...






Semusim kami merinduimu,...dan akhirnya, kau kunjung tiba bersama bonanza dan bonus-bonus hebat yang tidak ada di bulan-bulan lain... Ya Rabb...kurniakanlah kami kekuatan dan keteguhan hati untuk terus-terusan berjuang untuk menghidupkan bulan yang penuh barakah ini...dan semoga madrasah Ramadhan ini bakal menjadi tapak asas bagi kita mentarbiyyah hati,koreksi diri, menambah nilai iman, dan seterusnya  mengekalkan sebuah momentum yang konsisten sepanjang tahun..Insha Allah...


Betapa hebatnya Allah menyayangi hambaNya bukan,,pernah tak kita terfikir ..kalaulah Allah tidak menghadiahkan kita Universiti Ramadhan ini, adakah kita akan mempunyai peluang untuk membuat transaksi kepada iman kita? Top-up segala amalan yang selama ni kurang...Tak ada ruang untuk kita betul2 muhasabah diri kita...Tak ada kesempatan untuk kita merenung nasib mereka yang kurang...Tak ada booster untuk kita mengejar pahala berganda.. Tak ada bonus tahunan yang ditawarkan...dan mungkin, tak ada inisiatif langsung untuk kita menjadi Pencinta Masjid, Pengalun Ayat Suci Al-Quran, serta Pemburu Malam...


Ya Rabb..betapa kerdilnya kita ini kan...sehingga tidak mampu menggunakan sepenuhnya kudrat yang dipinjamkan oleh-Nya untuk menjadi hamba yang benar-benar patuh dan taat...Andainya tiada 'talian hayat' dari Allah ini, entah sampai bilakah kita akan terus terleka dalam dunia ciptaan kita ...Allahu Adzhim..Allahu Musta'an...Betapa rahmat Allah itu sentiasa mengiringi kita...Cuma, yang mebataskannya adalah kesedaran kita untuk mensyukurinya atau tidak..
 Yaa Mujiib..jadikan kami di antara hamba-hamba-Mu yang bersyukur... Allahumma ameen ..


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ



              صدق الله العظيم

              (18) التوبة

::Sesungguhnya, mereka yang mengimarahkan rumah-rumah Allah adalah di kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari pengakhiran....: :




~~Ayuh, teman tersayang..jom kita sama-sama hidupkan bulan barakah ini...akses cinta Ilahi secara terus, jangan lepaskan peluang yang terhidang di hadapan kita ini...Jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik kita, kerana mungkin kita tidak lagi berpeluang bertemu dengan tetamu agung ini untuk tahun mendatang...~~


~~Setiap amalan baik  akan digandakan pahala sepanjang bulan barakah ini, namun, jangan kita lupa, cengkaman nafsu juga akan berganda, maka, marilah kita men'double up' usaha dan mujahadah kita untuk menentang segala nafsu gelap yang hanya akan mengurangkan kualiti iman dan ibadah kita sepanjang bulan ini~~

~~Moga kita berjaya mencapai matlamat utama rukun islam yang keempat ini~~




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ، سورة البقرة: 183
[O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, in order that you may achieve Taqwa



Namun, dalam keghairahan mengejar bonanza Ramadhan ini, janganlah kita sesekali menjadi antara golongan yang 'tamak' dan hilang sifat ihsan pada diri kita...sekaligus memadamkan segala pahala yang sepatutnya menjadi milik kita...
Hidupkanlah Ramadhan sebagaimana Rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh menghidupkannya dahulu...
Bayangkanlah Ramadhan yang kita lalui hari dihayati bersama dengan  junjungan besar, Muhammad s.a.w...
Law Kana Bainana...
Hormati setiap hak mukmin yang lain....Pahala yang ditawarkan bukan terhad untuk kita semata, tetapi juga kepada seluruh umat yang lain...






Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya."

(Riwayat Muslim)



~~Mungkin ada banyak perkara yang dianggap remeh ,serta  tidak diendahkan oleh sesetengah pihak., namun, itulah sekecil-kecil perkara yang boleh melunturkan kualiti iman dan ibadah kita..Janganlah kita mencalari setiap amalan baik yang dilakukan.....~~

--Ujian malam 1 Ramadhan 1433H, Keindahan Tarawikh pertama di wilayah baru kami diganggu gugat , apabila kami stuck hampir setengah jam di masjid kerana kereta di 'block' oleh jemaah lain...Yang menjadi masalah, bukan kereta kami sebiji yang tersekat, banyak lagi kereta2 lain yang tersekat di laluan...--

::bukan keadaan sebenar...subjek yang ingin ditunjukkan Masjid Teluk Kemang :) ::
--Setiap yang datang itu ada 'ibrah di sebaliknya, dan kepada semua, marilah kita sama2 menjaga hak orang awam, janganlah menghalang laluan ramai, kerana sesungguhnya ini adalah perkara yang sangat dimurkai oleh Rasul tercinta-- Anyhow, Thanks Allah for this kind reminder..Alhamdulillah...untuk peringatan kami juga..semoga kenikmatan Ramadhan ini dapat dikecapi bersama-sama :) --



Dan, akhirnya, Ramadhan 1433H ini benar2 mendewasakan seorang aku :) Menyambut tetamu tahunan di wilayah baru, n for da first time berseorangan..heee~benar2 menguji jiwa n raga...semua perasaan ada..SEBAK??? for sure..paling banyak..hehe...tapi at least, dapat belajar macam mana nk jadi anak perantauan (haha..feeling lebeh sgt dh tu~~)

Thanks Allah 4 every single ni'mat...Semoga Ramadhan ini dapat mengembalikan kita kepada fitrah ~~
Taqabbalallah minna wa minkum, Taqabbal Yaa Kareem :)

::sahur  lone ranger untuk 1 Ramadhan~~sungguh menyedihkan~~Spaghetti goreng~~::


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Special thanks 4 da best companion ever 4 always being there 4 me..hehe
Love u damnly 4 da sake of Allah ...
It's really meaningful to have u around , :)
::excited boleh gi bazar n buka pose ngan enti :) ::
--ehh...lupe..speed terawih skali.keke--
Thanksssss enti


Okeh..up to this point only for now,..
Until we'll meet again in next entry..
Selamat Menghidupkan Ramadhan..
Ramadhan ,Satu Perjuangan :)
Wassalam 

1 comment:

ZahirahzahiD said...

Ramadhan Kareemm~~~

Waaaa~ seorang diri? Moga ada pengalaman yg diraih untuk kamu kawan.. =)

bila tukar bawangungu ni? ingat td Yaya salah bukak.. uhuh~ tp nampak kelainan dengan template baru .. keep it up kawan ;)

Rindu dekat masjid telok kemang~

::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D