Sunday, October 16, 2011

::Secangkir Kasih Titipan Ilahi::




As-Salam…
Being a part of Garden of Knowledge and Virtue for such a long period is actually a really precious opportunity that being granted by Almighty Allah throughout my life. It is really proud to say that I do get so many things here, that we will never expect to gain them in another place. The conducive and favorable environment of KIRKHS itself really inspired me to be SOMEONE and to achieve SOMETHING up to the highest extent that I could reach.  So, whole-heartedly, here I wanna wish all of you, my beloved colleagues and juniors all the best and may you will also share the same gratification like me to be in this path. Be well, keep doing the good effort, and may Allah grant us the smooth sailing of everything.

ا لذين يستمعون القول فيتبعون احسنه اولئك الذين هدىهم الله واولئك هم اولوا الالبب

39:18 Those who listen to the Word, and follow the best of its application (in a given situation), such are the ones whom God has guided, and they are the ones endowed with insight.

Lets us together strive to be among of the possessors of GREAT WISDOM, Insha Allah. Stead fast, be persistent and smart! We are the awaited Da’i for the Mad’u all over this spacious universe. KIRKHS is the best ever. Hope to be here again, insha Allah..Do pray for me J ~ The secret of success in life is for a man to be ready for his opportunity when it comes.~
::Tuan Nor Shazni Binti Tuan Muda, 0731862, Usuluddin 2008-2011::
*************************************************************************************

As-Salam…
Ya Allah Ya Rabbi…
Sudah lama rasanya tidak mempunyai kesempatan untuk mencoret lakaran rasa seperti ini…rindu yang teramat untuk berkongsi rasa, pengalaman dan juga ilmu…..kekangan masa yang tidak putus-putus menerjah kehidupan sehari-harianku kini…Namun, itu tidak dapat dijadikan alas an sebenarnya..Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..tak gitu? hehe…Apa-apa pun..hanya Allah yang tahu..betapa hebatnya rindu ini untuk bertamu ke kehidupan sebelum ini…hehe… kehidupan seorang siswi yang aman damai dalam daerah taman ilmu dan budi…
Oh ya …ucapan di atas sebenarnya merupakan skrip ucapan yang telah disediakan atas permintaan seorang junior semester lepas (semester akhir noni di UIA). Katanya, sebagai azimat dan wasiat dari seorang senior kepada generasi adik-adik, untuk dimasukkan ke dalam bulletin kulliyyah kami. Hmm…time tu rasa sgt tak layak nk bagi apa-apa titipan kepada mereka, namun sebagai menghargai permintaan tulus mereka, ku ladeni jugak sebuah coretan ringkas itu. Dan hasilnya, hari ini, 15 Oktober 2011, secara tidak disengajakan, tiba-tiba terjumpa semula file coretan ini di desktop Aspire 5570 ku yang tersayang, lantas mengundang suatu rasa yang sungguh tidak dapat diungkapkan dan dirungkai dengan mana-mana bait kata. Ya Adzhiim…sebak yang tidak terhingga…seakan tidak disedari, begitu pantas masa berlalu. Isnin lepas, 10 Oktober 2011, merupakan hari yang teramat bahagia sepanjang 23 tahun hidupku ini, secara rasminya, noni kini telah dinobatkan sebagai seorang graduan ijazah sarjana muda, Universiti Islam Antarabangsa. Subhanallah, sungguh indah perasaan itu, sungguh sayu tatkala perit jerih yang dilalui selama ini terbayar dengan air mata ibu bapa serta keluarga tersayang.




Yaa Rahman Yaa Rahiim, begitu hebat aturan-Mu,..





Sebenarnya tahap ini bukanlah sesuatu yang mampu dibanggakan lagi, namun sudah cukup memuaskan diri ini apabila berjaya membahagiakan insan-insan yang tersayang. Dan, inilah merupakan titik permulaan yang cukup bermakna dalam hidupku ini. Setelah hampir 5 tahun bergelut dengan tekanan di Taman Ilmu dan Budi, (2 tahun peringkat matrikulasi dan 3 tahun di main campus), akhirnya, noni berjaya menggapai segala yang dicitakan. Sungguh hebat kuasa Allah, He is totally a good planner, Dia tahu apa yang diperlukan hamba-Nya. HAmdan lillah,Dialah juga yang memudahkan langkah dan lorongku ini. Cabaran untuk menghabiskan ijazah sarjana muda selama 3 tahun di UIA ku sahut dengan jayanya, meskipun di awal langkah itu diri ini hampir-hampir tersungkur. Bukan mudah menyahut sebuah cabaran ini, dan tidak semua yang menyokong hasratku ini pasa mulanya, namun ku kentalkan ja semangatku demi sebuah cita-cita. Dan utamanya, keluargakulah yang menjadi pemacu utama sebuah tekad ini. Hasrat ingin mengambil alih tanggungjawab kakak tercinta (dia perlu berkelana ke bumi Kuwait selepas ini) benar-benar  memberikanku satu semangat dan kekuatan yang luar biasa, dan akhirnya, dengan izin Sang Pencipta, sebuah impian benar-benar menjadi realiti. Air mata yang tidak putus-putus ini mengiringi sebuah kesyukuran,terima kasih Yaa Rabb, terima kasih mak abah, terima kasih kakakku, terima kasih abang-abangku, terima kasih adikku, terima kasih keluargaku, terima kasih pendidik-pendidikku, terima kasih teman-temanku…dan..terima kasih kepada semua.
Benarlah…setiap aturan Allah itu pasti ada rencana dan hikmah yang tidak ternilai ….


قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ 


51. Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."

Dan kini, langkahku mulai terukir…ya..setapak ke daerah yang agak asing…yang langsung tidak pernah singgah di minda ini untuk direncanakan…namun, Allah punya kuasa,,..Dia mengatur diri ini untuk berada di sini…satu dimensi yang cukup berbeza…segala-galanya seakan akan sebuah mimpi..halusinasi mungkin…namun…inilah kenyataannya…Segalanya Bermula Di Sini…
Akhirnya..daku mulai menemui sebuah ‘cinta’ baru..cinta yang telah memahatkan sebuah matlamat sejak azali..memartabatkan syiar agung, di samping mengimarahkan tali Allah dan juga tali manusia…
Sungguh indah hidup berjemaah… 

يد الله مع الجماعة



Dimensi ini membawa beribu keindahan dan kemanisan dalam hidup kami..sungguh anugerh ini tidak terhingga Yaa Aziz…ilmu dan pengalaman yang tidak mampu ku kutip meskipun berkelana seisi dunia…Terima kasih memilihku untuk berada di kalangan mereka-mereka yang hebat Yaa Qayyum :)
Dan semoga Allah terus meminjamkan kekuatan-Nya buat kami, menyalurkan kami semangat srikandi-srikandi terulung Hawa, Siti Hajar, Mariyam, Asiah, Khadeejah, Aisyah, Asma’, Fatimah dan mereka mereka yang menghidupkan syiar agung …..Moga kami terus utuh di lorong ini Yaa Mujib..terus bersedia mempersiapkan diri untuk menjadi Murabbi…juga Muslih…ingin juga diteladani..bukan sekadar ditontoni persis selebriti…


Hanya Kau yang maha mengetahui setiap gerak hati kami… Semoga kami sentiasa diiringi limpahan rahmat, kasih dan redha-Mu..Allahu musta’an ")
Kepada semua, terima kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan, nasihat dan pertolongan. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Moga kita sama-sama dikurniakan Husnul khateemah, pengakhiran yg baik dalam musafir hidup kita ini.



-thanks everyone- touched yang amat dat day T_____T-
-thanks family,thanks best mates, thanks krew Solehah, thanks team Solehah, thanks semua..bounty loves ::


Sebagai titipan untuk kita bersama,
Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda:
Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.

Hargailah mereka yang sgt berjasa dlm hidup kita..merekalah sumber aspirasi dan kejayaan kita di dunia dan akhirat selain Allah dan rasul..dan, inilah kunci kejayaan dan kebahagiaan noni selama ini.. :)



---kerana penghargaan itu tidak akan pernah habis untuk dimanifestasikan—-
:: seseorang yang tidak menghargai dan mensyukuri manusia, maka dia tidak mensyukuri Allah::











Doakan kesihatan noni :)
اللهم أنت ربي لاإله الإ أنت عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم ما شاء الله كان ومالم يشاء لم يكن ولا حول ولا قوة الإ بالله العلي العظيم أعلم أن الله على كل شيء قدير وأن الله قد أحاط بكل شيء علما اللهم أني أعوذ بك من شر نفسي ومن شر كل دابة أنت أخذ بناصيتها أن ربي على صراط مستقيم
Ayuh, kita sama-sama mengatur langkah menjadi ‘SOLEHAH’..Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan, adalah WANITA SOLEHAH…
Keagungan peribadi seorang wanita itu terletak pada kesudian untuk memberi bila beruntung, memimpin bila berilmu dan membela bila kuat, hanya kerana Allah ta’ala :)

Hayya… Ijahid wala taksal…
Ma’as salamah, wa ilal liqo’ :)




::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D