Friday, April 27, 2012

::Warna warni APRIL ::

                    

As-Salam… Ohhh..lamanya tidak menyapa  best buddy BAWANGUNGU….. —kesibukan dunia yang tidak pernah sepi—membataskan lagi perkongsian sebuah rasa….oh..itu hanyalah alasan cliché yang mungkin tidak dapat diterima pakai lagi…haippp…org yg HEBAT mane ada main alasan..  so, stop ‘BANGAU’ing ye cik noni :b Bounty Sorries : Perjalanan April seindah bulan bulan sebelumnya…tiada apa yang berbeza, melainkan petala ‘HECTIC’ meningkat dengan mendadak..ya Allah, bulan ini sangat sangat menguji kudrat kecilku, terlalu banyak yang perlu dilunaskan , perlu diselenggarakan (eceh…macam mekanik n maintenance pulak…keke)… perlu dikejar, perlu dipenuhi , perlu dicapai ….dan pelbagai lagi imbuhan kata kerja  ‘DI’ yang lain yang sewaktu dengannya….  Radar hati juga seakan merosot bulan ini, kurang vitamin agaknya….Ya Rabb, ampunkan aku….pinjamkanlah aku secebis kekuatan-Mu, kekuatan dan keteguhan para anbiya’, para sahabat, para salafus soleh, para srikandi ulung Islam….. begitu susah rupanya membentuk perisai KEHEBATAN diri.. kadang-kadang perasaan ini ampuh di waktu yang tidak sepatutnya.... 

                 Tugas harian diusaikan dengan penuh motivasi…hamdan lillah, thanks Allah, thanks best buddies, thanks house mates..thanks best office mates…hanya Allah yang dapat balas segala budi baik kalian, sungguh, kasih ini terlalu besar untuk kalian, dan kalian akan sentiasa berada dalam lipatan memori aku  Adatla, untuk merasai KESERABUTAN PERUT bagi sesiapa yang masih dalam USIA PRA-MATANG di dalam alam kerja ini merupakan suatu yang normal  . Setiap hari adalah peluang untuk belajar sesuatu lesson yang baru…terima kasih kepada semua yang tidak lokek berkongsi ilmu denganku… Allahu yubarik fikum    

TAKE EVERY CHANCE DROP EVERY FEAR  
Inilah yang menjadi booster April ku kali ini….ohh…sungguh, segalanya harus ditempuhi dengan segenggam tabah dan keyakinan…  TRUST ALLAH’S SMART JOB, then, everything will land in the accurate port smoothly…. 

Perjalanan aktiviti bulanan juga menggamit sedikit lelah dan penat…namun, apalah sangat ingin dibandingkan dengan semangat juang srikandi srikandi hebat….ni baru penat sikit..dh ‘burnt’ sikit dh rase ‘flat’… ohh…jauh lagi nak  tempa paras HEBAT tu…..adesss…….Rabb,yassir li yaa rabb T______T

                        Hamdan lillah, peluang menjelajah Darul Iman begitu bermakna buatku…(haha, anak jati Terengganu la sgt…sedangkan banyak lagi tempat yang aku tak pernah jejak… :b)… betapa indahnya bumiku ini…sungguh,,betapa aku bangga dengan kemakmuran bumi penyu ini… Taman Tamadun Islam, Teruja Terokai Inspirasi –tagline TTI- , Taman Monumen dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man begitu membuatkan kami teruja..bayangkanlah,,,dalam sekelip mata, kita boleh sampai ke beberapa buah negara yang berasingan tanpa ada jet lag..hehe…pengalaman berada di Sepanyol , Arab Saudi, Afghanistan, Brunei, Singapura, China, Indonesia, Russia, India dan pelbagai lagi negara hebat begitu bermakna buat kami- walaupun monumen-monumen itu sekadar replika, namun binaan 1:8 dari saiz asal itu dapat memberikan kami gambaran tepat tentang struktur binaan, sejarah dan latar belakang masjid-masjid, kubu, istana (Taj Mahal- antara 7 wonders) dan replika-replika tersebut.  Kelekaan menilai sejarah kesenian islam ini membuatkan kami begitu kerdil di sisi agama hanif ini.

                      Penerokaan ilmu dan perjuangan permata warisan anbiya’ turut memberikan kesan yang amat mendalam buat kami. Pengalaman bertemu mata dengan cucu tokoh ulama’ hebat Terengganu, Tok Ku Paloh (tokoh ulama’ dan pembesar istana ketika zaman Sultan Zainal Abidin III) tidak pernah terbayang di benak sebelum ini. Sungguh indah rencana Allah, tanpa dirancang, khazanah ilmu dan warisan beliau sedikit sebanyak berjaya kami singkap,..hamdan lillah, thanks everyone! Nazam Tok Ku Paloh mengenai 10 sifat junjungan agung akan terus kami hayati, insha Allah  

Dato’ Rogayah Sulong, wanita HEBAT yang wajib djadikan inspirasi.  Tokoh Wanita Darul Iman 2010 , Tokoh Maulidur Rasul 1433H serta juara tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa melebihi 7 kali ini sungguh berhati waja. Beliau berjaya mengidupkan budaya al-Quran sehingga beberapa generasi…syabas Dato’…. Benarlah sabda rasul yang terkandung dalam  riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Uthman bin ‘Affan : “org yg terhebat di kalangan kamu adalah mereka yang belajar ilmu alQuran dan mengajarkannya pula kepada yang lain”….. Moga generasi akan datang masih mampu menghidupkan kitab suci al-Quran kita ini..allahumma amen.. 
                     Dengan rahmat dan inayah-Nya,makam  Tokku Pulau Manis  (tokoh ulama’ dan pembesar istana ketika zaman Sultan Zainal Abidin I) yang terletak di Pulau Manis Serada, Manir, K.Terengganu berjaya juga dijejaki walaupun pada awalnya menghadapi sedikit rintangan kerana terdapat dua buah tempat yang bernama Pulau Manis di sini …(amazing kan…sepanjang duduk Terengganu, nila first time tau  )…   Betapa berharga perjalanan singkat selama hampir 3 hari di bumi Penyu ini,sekaligus menyemarakkan kasih utuhku pada bumi tumpah darahku ini. 
I LOVE TERENGGANU. Allah, daulatkan bumi Terengganu 
  
               Dan perjalanan seterusnya bakal ditempuh….Semoga semuanya dalam perlindungan Yang Maha Esa…doakan safar kami ye  Perjalanan Mengakses Cinta Ilahi…moga setiap langkah kami dipermudahkan-Nya. Terima kasih atas titipan doa dan pesanan kalian, moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita  

Dan kepada semua students yang dikasihi, do da best, be well, take care! Ustazah doakan di kejauhan….inshaAllah, May Allah ease ur way dear…buat yang terbaik ye…moga berjaya dunia akhirat, sayang kalian  thanks 4 being very wonderful students of mine..until we’ll meet again…moga setiap bingkisan ustazah dapat memberikan manfaat kepada kalian…ampun maaf serta salam takzim dari ustazah     ******************************************************************************** 
                   Mode tidak sabar, teruja dan excited membelenggu, thanks everyone! **Housemate yg tersayang, jaga diri baik2  Robbuna yusahhil ,jaga tong gas isi kite bebaik :) keke
jangan lupe bagi urjuan minum ye :)
thankss innnnn :)

**best buddies, jaga diri, kerja rajin2, blaja rajin …bihifzillah 
---enti Fatimah, sorry for burdening u sepeninggalan noni ni.., bounty thanks…hanya Allah yg dapat balas segala jasa baik enti..syg enti  ------ dah dpt Miss J nanti jangan lupe CCW noni ye...x sbr n jmpe Miss J, nnti balik kite gi makan kt melaka okeh :)
pergh..pesanan macam  tak balik balik dah kan..hehe---- ------moga Allah permudahkan dan aturkan perancangan yang terbaik ..allahumma amen   
Salam sayang bawangungu 
Jumpa di bingkisan Mei 2012 




::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D