Saturday, May 19, 2012

::Unpaid Leave Ended::

As-Salam
Ohhh...BawangUngu...
Last night in Paka...ahha...sedih plak rase...
dah lama tak cuti lama cenggini..
haha..tak sedar diri dah tua bangka..
no longer a student la Noni..
so, dh kena tukar fasa...kena guna kudrat jaga periuk nasi sendiri..ngee :)
Mak...dh tak boleh tidur sebelah mak n share selimut...
Abah...dah tak ade org nk tolong lap n basuh Ms. Ciri-Ciri Wanita..keke
Mirul..dah takde org nk cari pasal ngan yoe...
haha...
Lawak je entry kali ni kan..tak de sense of motivation langsung..
namun..inilah apa yang aku rasakan tika ini..
susahnye nk switch mode.......
haha...masih lagi dibuai bayu 'CUTI'..
oh..sedarkanlah aku.. :(

Anyhow..thanks Allah, Hamdan lillah...for this short break
Terima kasih atas nikmat iman, islam dan sihat ini..
Terima kasih atas nikmat kasih sayang ini..

Bercuti di rumah membuatkan aku lupa yang aku kini di ambang 24...
oh...rasa macam budak2 lagi..ahha
thanks super parents...thanks super siblings... i love u all damnly..ahha :)

Congrats abah 4 being a very great 'Perwira' to us..
PJM..fits u accurately...love u my Hero

::sape2 yang rase hensem macam abah..bolehlah deposit resume..ngee~~::


ohh..heaven sangat bila dapat makan roti sardin special dekat warung feveret Pasar Dungun tadi ngan bonda..baru sedar dah bertahun rasanya tak gi makan kat situ...sorry mum, dh lama tak dapat luangkan masa ngan mak...huhu, i do love u damnly... :) Moga bonda dan ayahanda sentiasa dalam peliharaan Allah

::thanks mummy 4 always putting me as a child..:








kepada semua insan di sekelilingku.. i do love everyone of  u fillah...
man la yashkurul nas, la yashkurullah..
-siapa yang tak menghargai manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah-

love love love..
laelah saedah

Uniti, wait for me
(ahha...menyuntik semangat sendiri..ngee~~)


Until we'll meet again,
BawangUngu, take care!

Friday, May 18, 2012

::Hatiku masih di sana::

As-Salam..
Dearie BawangUngu..
Malam kian berlabuh..
Namun...mata ini tetap liat untuk dipejamkan..
Mungkin timing-nya masih lari--hehe..
Sungguh aku rindukan midnight di dua kota suci itu
Aku rindukan ketenangan itu
Ketenangan yang tidak mampu digambarkan melalui mana-mana bait kata
Aku ingin terus bermimpi
Bermimpi untuk menghirup udara kota haram sebangkitnya aku dari lena
Mengatur langkah ke Baitul Ateeq..
Mengelilingimu dengan penuh kehambaan...
Kekerdilan yang kian hari kian jelas..
Aku bukan siapa siapa di sisimu Yaa Rabb
Bukan mudah mendapat tempat di sisi-Mu Yaa Rahim
Namun, Engkau tidak pernah meninggalkan kami Yaa Musta'an..
Engkau Maha Mendengar Yaa Mujiib
Setiap keluhan dan lintasan rasaku semuanya dipandang-Mu...
Oh..,begitu dekat aku dengan-Mu..
Kau kembalikanlah lagi aku ke sana Yaa Kareem..
Sungguh, aku tidak pernah puas untuk menjadi tetamu-Mu
Terima kasih atas segalan nikmat yang telah Kau kurniakan
Terima kasih atas layananMu yang sungguh istimewa
CintaMu teramat indah
Izinkan aku untuk terus dibuai cintaMu
Kesyahduan menggamit cinta hakiki
Perjalanan mengakses cinta Ilahi serta junjungan agung ini benar-benar membuatkan aku terus-terusan menjadi seorang perindu..
Moga kerinduan ini tidak pernah mati..
Moga ada lagi pertemuan kita selepas ini..wahai Baitul Ateeq..
Juga Taman Syurga di bumi yang disimbahi cahaya..
 


::kehebatan ukhuwwah kurniaan Sang Kekasih Agung::
moga kasih sayang kami sentiasa di bawah lindunganMu yaa Rahim :)
Dua kota suci ini mengikat lagi sebuah jalinan yang tulus ini.,.
terima kasih yang tidak terhingga ya Rabb


**kalaulah diberikan pilihan..
nak je rewind masa..ahaha--karot je kan
nak kembali time mula2 sampai dulu..haha
sedar tak sedar..dh seminggu kami meninggalkan bumi yang penuh barakah..
tapi seolah-olah baru semalam semilir angin dua bumi haram ini menampar pipi ini..
oh..sungguh, hati masih tertinggal di sana
jikalau aku bisa...nak je terus menetap di sana :)
Allahumma ameen
Until we'll meet again
Cinta di dua kota :)
 
--time ni last week tengah beradu dalam MAS menuju tanah air..meninggalkan bumi Munawarrah-
T__________T
  
Salam  Jumaat
Selamat Hari Guru
Semoga Kita mampu menjadi Murabbi sehebat Rasulullah s.a.w

--ohh..cuti dh hampir tamat--
tukar mode bekerja...
oh...susahnyeee..
wish me luck
ahha
ijtahid wala taksal
kene inject tonik lebih sikit..
nak jadi sehebat Khadeeja n Aisha

biiznillah
 
:)
::rindu buah hati baru ini:: 



 
 --aim terbaru-tunai haji before 30--
Moga Allah perkenankan
Allahu musta'an
 
bed off BawangUngu
Laelah Saedah
as-Salam

Friday, April 27, 2012

::Warna warni APRIL ::

                    

As-Salam… Ohhh..lamanya tidak menyapa  best buddy BAWANGUNGU….. —kesibukan dunia yang tidak pernah sepi—membataskan lagi perkongsian sebuah rasa….oh..itu hanyalah alasan cliché yang mungkin tidak dapat diterima pakai lagi…haippp…org yg HEBAT mane ada main alasan..  so, stop ‘BANGAU’ing ye cik noni :b Bounty Sorries : Perjalanan April seindah bulan bulan sebelumnya…tiada apa yang berbeza, melainkan petala ‘HECTIC’ meningkat dengan mendadak..ya Allah, bulan ini sangat sangat menguji kudrat kecilku, terlalu banyak yang perlu dilunaskan , perlu diselenggarakan (eceh…macam mekanik n maintenance pulak…keke)… perlu dikejar, perlu dipenuhi , perlu dicapai ….dan pelbagai lagi imbuhan kata kerja  ‘DI’ yang lain yang sewaktu dengannya….  Radar hati juga seakan merosot bulan ini, kurang vitamin agaknya….Ya Rabb, ampunkan aku….pinjamkanlah aku secebis kekuatan-Mu, kekuatan dan keteguhan para anbiya’, para sahabat, para salafus soleh, para srikandi ulung Islam….. begitu susah rupanya membentuk perisai KEHEBATAN diri.. kadang-kadang perasaan ini ampuh di waktu yang tidak sepatutnya.... 

                 Tugas harian diusaikan dengan penuh motivasi…hamdan lillah, thanks Allah, thanks best buddies, thanks house mates..thanks best office mates…hanya Allah yang dapat balas segala budi baik kalian, sungguh, kasih ini terlalu besar untuk kalian, dan kalian akan sentiasa berada dalam lipatan memori aku  Adatla, untuk merasai KESERABUTAN PERUT bagi sesiapa yang masih dalam USIA PRA-MATANG di dalam alam kerja ini merupakan suatu yang normal  . Setiap hari adalah peluang untuk belajar sesuatu lesson yang baru…terima kasih kepada semua yang tidak lokek berkongsi ilmu denganku… Allahu yubarik fikum    

TAKE EVERY CHANCE DROP EVERY FEAR  
Inilah yang menjadi booster April ku kali ini….ohh…sungguh, segalanya harus ditempuhi dengan segenggam tabah dan keyakinan…  TRUST ALLAH’S SMART JOB, then, everything will land in the accurate port smoothly…. 

Perjalanan aktiviti bulanan juga menggamit sedikit lelah dan penat…namun, apalah sangat ingin dibandingkan dengan semangat juang srikandi srikandi hebat….ni baru penat sikit..dh ‘burnt’ sikit dh rase ‘flat’… ohh…jauh lagi nak  tempa paras HEBAT tu…..adesss…….Rabb,yassir li yaa rabb T______T

                        Hamdan lillah, peluang menjelajah Darul Iman begitu bermakna buatku…(haha, anak jati Terengganu la sgt…sedangkan banyak lagi tempat yang aku tak pernah jejak… :b)… betapa indahnya bumiku ini…sungguh,,betapa aku bangga dengan kemakmuran bumi penyu ini… Taman Tamadun Islam, Teruja Terokai Inspirasi –tagline TTI- , Taman Monumen dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man begitu membuatkan kami teruja..bayangkanlah,,,dalam sekelip mata, kita boleh sampai ke beberapa buah negara yang berasingan tanpa ada jet lag..hehe…pengalaman berada di Sepanyol , Arab Saudi, Afghanistan, Brunei, Singapura, China, Indonesia, Russia, India dan pelbagai lagi negara hebat begitu bermakna buat kami- walaupun monumen-monumen itu sekadar replika, namun binaan 1:8 dari saiz asal itu dapat memberikan kami gambaran tepat tentang struktur binaan, sejarah dan latar belakang masjid-masjid, kubu, istana (Taj Mahal- antara 7 wonders) dan replika-replika tersebut.  Kelekaan menilai sejarah kesenian islam ini membuatkan kami begitu kerdil di sisi agama hanif ini.

                      Penerokaan ilmu dan perjuangan permata warisan anbiya’ turut memberikan kesan yang amat mendalam buat kami. Pengalaman bertemu mata dengan cucu tokoh ulama’ hebat Terengganu, Tok Ku Paloh (tokoh ulama’ dan pembesar istana ketika zaman Sultan Zainal Abidin III) tidak pernah terbayang di benak sebelum ini. Sungguh indah rencana Allah, tanpa dirancang, khazanah ilmu dan warisan beliau sedikit sebanyak berjaya kami singkap,..hamdan lillah, thanks everyone! Nazam Tok Ku Paloh mengenai 10 sifat junjungan agung akan terus kami hayati, insha Allah  

Dato’ Rogayah Sulong, wanita HEBAT yang wajib djadikan inspirasi.  Tokoh Wanita Darul Iman 2010 , Tokoh Maulidur Rasul 1433H serta juara tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa melebihi 7 kali ini sungguh berhati waja. Beliau berjaya mengidupkan budaya al-Quran sehingga beberapa generasi…syabas Dato’…. Benarlah sabda rasul yang terkandung dalam  riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Uthman bin ‘Affan : “org yg terhebat di kalangan kamu adalah mereka yang belajar ilmu alQuran dan mengajarkannya pula kepada yang lain”….. Moga generasi akan datang masih mampu menghidupkan kitab suci al-Quran kita ini..allahumma amen.. 
                     Dengan rahmat dan inayah-Nya,makam  Tokku Pulau Manis  (tokoh ulama’ dan pembesar istana ketika zaman Sultan Zainal Abidin I) yang terletak di Pulau Manis Serada, Manir, K.Terengganu berjaya juga dijejaki walaupun pada awalnya menghadapi sedikit rintangan kerana terdapat dua buah tempat yang bernama Pulau Manis di sini …(amazing kan…sepanjang duduk Terengganu, nila first time tau  )…   Betapa berharga perjalanan singkat selama hampir 3 hari di bumi Penyu ini,sekaligus menyemarakkan kasih utuhku pada bumi tumpah darahku ini. 
I LOVE TERENGGANU. Allah, daulatkan bumi Terengganu 
  
               Dan perjalanan seterusnya bakal ditempuh….Semoga semuanya dalam perlindungan Yang Maha Esa…doakan safar kami ye  Perjalanan Mengakses Cinta Ilahi…moga setiap langkah kami dipermudahkan-Nya. Terima kasih atas titipan doa dan pesanan kalian, moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita  

Dan kepada semua students yang dikasihi, do da best, be well, take care! Ustazah doakan di kejauhan….inshaAllah, May Allah ease ur way dear…buat yang terbaik ye…moga berjaya dunia akhirat, sayang kalian  thanks 4 being very wonderful students of mine..until we’ll meet again…moga setiap bingkisan ustazah dapat memberikan manfaat kepada kalian…ampun maaf serta salam takzim dari ustazah     ******************************************************************************** 
                   Mode tidak sabar, teruja dan excited membelenggu, thanks everyone! **Housemate yg tersayang, jaga diri baik2  Robbuna yusahhil ,jaga tong gas isi kite bebaik :) keke
jangan lupe bagi urjuan minum ye :)
thankss innnnn :)

**best buddies, jaga diri, kerja rajin2, blaja rajin …bihifzillah 
---enti Fatimah, sorry for burdening u sepeninggalan noni ni.., bounty thanks…hanya Allah yg dapat balas segala jasa baik enti..syg enti  ------ dah dpt Miss J nanti jangan lupe CCW noni ye...x sbr n jmpe Miss J, nnti balik kite gi makan kt melaka okeh :)
pergh..pesanan macam  tak balik balik dah kan..hehe---- ------moga Allah permudahkan dan aturkan perancangan yang terbaik ..allahumma amen   
Salam sayang bawangungu 
Jumpa di bingkisan Mei 2012 




Saturday, March 31, 2012

::Hiduplah dalam lingkungan hari ini ::

::A journey of a thousand miles must begin with a single step::

As-Salam...
Dearie bawangungu...
buat kesekian kalinya, hak bawangungu sudah lama tidak dilunaskan..
hampir lebih sebulan dapur terchinta ini dibiarkan sepi tanpa sebarang utusan hati
maafkan beta wahai bawangungu :(
terlalu banyak urusan dunia yang mendatangi hari hari singkatku
banyak ruang yang diperlukan untuk membina sebuah episod baru dalam hidupku ini 
dan....hamdan lillah...
everything seems to be normal as before :)



Yaa Allah...Yaa Rahman...Yaa Rahim..Yaa Hafiz

syukur dan terima kasih yang tidak terucap atas segala kurniaan nikmat-Mu yang tidak terhingga ini...begitu indah segala rencana-Mu
tersimpan khazanah tarbiyyah yang benar-benar menginjakkan aku ke alam seorang DEWASA

**********************************************
fasa baru sebuah kehidupan..
benar-benar mampu membuatkan aku senyum tanpa henti


terdamparnya aku di sebuah daerah asing ini sungguh memberikan aku dimensi yang baru...

segalanya terasa amat asing..
aku mulai bertatih di sini..

segalanya dimulakan dengan ZERO
from ZERO to HERO..
inshaAllah :)


semoga amanah dan taklif dari Allah ini mampu ku usaikan dengan kudrat kecilku ini
dan moga segalanya mampu bersujud di atas tasbih keikhlasan 
kerana inilah sebenarnya yang telah lama aku impikan..
Syukran Yaa Allah :)

sungguh Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
moga rencana ini dapat ku warnai dengan hadaf dan rutin yang dapat mendekatkan aku dengan Kekasih Agung..

~Hiduplah dalam lingkungan hari ini~
:quoted from miss housemate yang sangat chantek dan baik budinya :)


thanks kak ain...very proud to know you


ya..memang perlu untuk kita hidup dalam lingkungan hari ini...
kerana tiada siapa yang tahu suratan untuk hari esok..
maksimumkan pencapaian dan kebahagiaan pada hari ini..
kerana kita mungkin tidak akan sempat untuk menghirup udara di hari esok..

what comes around goes around...

teruskanlah kayuhan mencapai cita-cita tertinggi kita..
kerana memiliki cita cita dan impian itu mampu memuliakan kita



thanks new friend...
moga jalinan kasih kita sentiasa dalam peliharaan Al-Haafiz :)


thanks yaya
be strong as u can
u r the choosen one..
may Allah grant u bunches of strength...
bihifzillah..

thanks enti fatimah :)
happy to know you..
semoga Allah sentiasa memudahkan langkah kita 

and to my new buddies..
how glad i am to know all of u..^______^


to my dearie students..
u guys taught me a lot
endless thanks for putting me in this 'area'
a 'learning' murabbi
do pray 4 me

-tazkirah 4 being late comers :) -



-dari manusia kepada manusia-

moga kita dapat menjadi seseorang yang menyalurkan manfaat kepada seluruh yang lain

--sungguh, cintaku sudah tertumpah di sini--
thanks UNITI :)

~until we'll meet again~



-alharamain..wait for us :) -




Thursday, February 9, 2012

::Bingkisan tarbiyyah buatku::

As-Salam
Dearie bawangungu yang sudah sekian lama dibiarkan sepi tanpa kata..
Kesibukan dunia yang tidak putus menyekat kelangsungan nukilanku untuk terus tercoret di sini
Sudah lama sebenarnya menjeruk rasa, untuk mengetuk dapur bawang ungu kesayanganku ini, namun, kudrat kecil ini benar-benar tidak sempat diagihkan sepenuhnya bersama dengan kesempitan waktu yang mendatang...
Maafkan beta wahai medan luahan rasaku....

Masa yang berlalu sungguh singkat , sehingga hampir  sahaja tidak disedari..sudah hampir mencecah 2 bulan rasanya, aku telah menamatkan kursus intensif di Madrasah Solehah yang sudah pasti membekalkan aku khazanah ilmu dan pengalaman yang tidak mampu untuk digali di mana mana pusat pengajian lain. Sungguh bersyukur untuk dipilih Allah menerima anugerah tarbiyyah ini. Walaupun singkat, tapi, segalanya mampu membentuk transformasi diri ke arah yang lebih bermakna,...inshaAllah... sesungguhnya aku amat terhutang budi pada setiap insan yang menabur jasa murni dan budi yang berterusan dalam membantu kami sepanjang keberadaan kami dalam madrasah ini...terima kasih semua, semoga Allah merahmati sepajang hidup kalian...dan kepada semua sahabat Solehah, rindu yang tersemai ini sudah pasti tidak akan pernah layu untuk kalian....memori bersama kalian akan terpahat utuh dalam ingatan buat selamanya, inshaAllah, semoga Allah memberkati Ukhuwwah kita, dan memberkati setiap langkah dakwah kita.

Dan dalam tempoh sesingkat ini jugalah, terlalu banyak bingkisan tarbiyyah  yang mendatangi aku...


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah 9:41)

Semoga kalam Yang Maha Esa ini mampu menguatkan setiap langkahku dan mampu memberikan ketenangan di kala diri ditawan dengan ujian dan cabaran.
Allahu musta'an..

Kehilangan demi kehilangan ini tentunya untuk mendewasakan lagi seorang aku
There is no more attachment...
There is no more cengeng...
There is no more dependent...
everything must be done by urself noni
u are big enough to do ur own decision

and...up to this moment, i started to realize how big i am
how big my role
as a servant, as a daughter, as a sister, as a student, as a giver...

May Allah ease my way...
May Allah grant me the smooth sailing of everything..

Only He determines the BEST for US
He never DENY
but He do DELAY
put our utmost trust in Him,
InshaAllah, we will never be abandoned by HIM

Allah parallels it with His mention. He Says (what means):“So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me”. [Quran 2: 152]

Al-fatihah buat insan yang teramat disayangi
arwah bapa saudara yang begitu dekat di hati ini
moga ditempatkan di taman syurga
Abdullah b. Jusoh
18 Disember 2011


dan, perpisahan ini sungguh mengajarku erti kasih sayang
kasih sayang yang memberiku sebuah kehidupan yang ulung
semoga kalian sentiasa dipelihara Allah
until we will meet again 
sayang & rindu di kejauhan




dan inilah penguatku di kala goyah
terima kasih atas sokongan, semangat dan kepercayaan yang berterusan
Moga Allah memberiku waktu dan kesempatan yang cukup untukku membalas jasa baik kalian yang tidak terhingga
sayang kalian sepenuh hati :)









there is always...always...always something to be thankful for
:)

ijtahid wala taksal

Law of Attraction
2012 for 3'K'
Do Pray for me

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ

وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216]


::Simfoni Kasih buatmu Ya Habiballah::


<Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).>

Allahumma shali wa salim 'ala sayidina Muhammadin wa aliihi
'Adada maa bi 'ilmillahi shalatan
Daimatan bi dawami mulkillahi
Ya Allah, sampaikan selawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya
Selawat sebanyak ilmu-Mu,
Selama-lamanya sebagaimana kelangsungan kekuasaan-Mu

Shalatullah salamullah, 'ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah
Semoga selawat dan salam selalu kepada Thaaha, Rasulullah
Semoga selawat dan salam selalu kepada Yasin, Rasulullah
(
Thaha dan Yaasin adalah gelar untuk Rasulullah)
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Kami bertawasul dengan bismillah, petunjuk Rasulillah,
dan dengan seluruh mujahidin Badar, ya Allah

Ilahi sallimil ummah, minal afaati wa niqmah )
wa min hammin wa min ghummah, bi ahli badri, ya Allah 

Tuhanku, selamatkanlah umat ini, dari derita dan bencana
dan dari belenggu serta kebekuan, demi ahli Badar ya Allah

Ilahi-ghfir wa akrimna, binaili mathalibi minna (dikabulkan
Wa daf'i masaa-atin 'anna, bi ahli badri, ya Allah
Tuhanku, ampuni dan muliakan kami, dengan dikabulkannya permohonan kami,
dan dijauhkannya kami dari tragedi yang memilukan, demi ahli Badar ya Allah

 ::Salam Malidur Rasul 1433H::
Semoga kasih kita pada Rasul junjungan akan tetap utuh dan marak, bukan sempena hari kelahiran baginda sahaja, tapi untuk setiap tika dan saat ......

Ya Allah, sampaikanlah salam rindu yang tidak bertepi kami ini pada kekasih agung-Mu ...
betapa kami mendambakan kehadiran baginda 
untuk memandu lewat hari kami
yang kian jauh dari landasan Rabbaniyyah
sungguh kami rindukan bi'ah nabawiyyah
yang tidak sempat kami rasai
moga kami mampu menjadi umat kebanggaan mu , wahai kekasih Allah....












::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D