Saturday, July 21, 2012

::Ramadhan bersama Rasulullah::

As-Salam...
Dearie Bawang Ungu...
Hamdan lillah..hamdan lillah..hamdan lillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.wt di atas ihsan-Nya yang tak pernah putus kepada kita, dan menemukan kita sekali lagi dengan tetamu agung yang ditunggu-tunggu saban tahun..

Ahlan yaa Ramadhan Kareem...Wallahu Akram...






Semusim kami merinduimu,...dan akhirnya, kau kunjung tiba bersama bonanza dan bonus-bonus hebat yang tidak ada di bulan-bulan lain... Ya Rabb...kurniakanlah kami kekuatan dan keteguhan hati untuk terus-terusan berjuang untuk menghidupkan bulan yang penuh barakah ini...dan semoga madrasah Ramadhan ini bakal menjadi tapak asas bagi kita mentarbiyyah hati,koreksi diri, menambah nilai iman, dan seterusnya  mengekalkan sebuah momentum yang konsisten sepanjang tahun..Insha Allah...


Betapa hebatnya Allah menyayangi hambaNya bukan,,pernah tak kita terfikir ..kalaulah Allah tidak menghadiahkan kita Universiti Ramadhan ini, adakah kita akan mempunyai peluang untuk membuat transaksi kepada iman kita? Top-up segala amalan yang selama ni kurang...Tak ada ruang untuk kita betul2 muhasabah diri kita...Tak ada kesempatan untuk kita merenung nasib mereka yang kurang...Tak ada booster untuk kita mengejar pahala berganda.. Tak ada bonus tahunan yang ditawarkan...dan mungkin, tak ada inisiatif langsung untuk kita menjadi Pencinta Masjid, Pengalun Ayat Suci Al-Quran, serta Pemburu Malam...


Ya Rabb..betapa kerdilnya kita ini kan...sehingga tidak mampu menggunakan sepenuhnya kudrat yang dipinjamkan oleh-Nya untuk menjadi hamba yang benar-benar patuh dan taat...Andainya tiada 'talian hayat' dari Allah ini, entah sampai bilakah kita akan terus terleka dalam dunia ciptaan kita ...Allahu Adzhim..Allahu Musta'an...Betapa rahmat Allah itu sentiasa mengiringi kita...Cuma, yang mebataskannya adalah kesedaran kita untuk mensyukurinya atau tidak..
 Yaa Mujiib..jadikan kami di antara hamba-hamba-Mu yang bersyukur... Allahumma ameen ..


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ



              صدق الله العظيم

              (18) التوبة

::Sesungguhnya, mereka yang mengimarahkan rumah-rumah Allah adalah di kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari pengakhiran....: :




~~Ayuh, teman tersayang..jom kita sama-sama hidupkan bulan barakah ini...akses cinta Ilahi secara terus, jangan lepaskan peluang yang terhidang di hadapan kita ini...Jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik kita, kerana mungkin kita tidak lagi berpeluang bertemu dengan tetamu agung ini untuk tahun mendatang...~~


~~Setiap amalan baik  akan digandakan pahala sepanjang bulan barakah ini, namun, jangan kita lupa, cengkaman nafsu juga akan berganda, maka, marilah kita men'double up' usaha dan mujahadah kita untuk menentang segala nafsu gelap yang hanya akan mengurangkan kualiti iman dan ibadah kita sepanjang bulan ini~~

~~Moga kita berjaya mencapai matlamat utama rukun islam yang keempat ini~~




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ، سورة البقرة: 183
[O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, in order that you may achieve Taqwa



Namun, dalam keghairahan mengejar bonanza Ramadhan ini, janganlah kita sesekali menjadi antara golongan yang 'tamak' dan hilang sifat ihsan pada diri kita...sekaligus memadamkan segala pahala yang sepatutnya menjadi milik kita...
Hidupkanlah Ramadhan sebagaimana Rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh menghidupkannya dahulu...
Bayangkanlah Ramadhan yang kita lalui hari dihayati bersama dengan  junjungan besar, Muhammad s.a.w...
Law Kana Bainana...
Hormati setiap hak mukmin yang lain....Pahala yang ditawarkan bukan terhad untuk kita semata, tetapi juga kepada seluruh umat yang lain...






Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya."

(Riwayat Muslim)



~~Mungkin ada banyak perkara yang dianggap remeh ,serta  tidak diendahkan oleh sesetengah pihak., namun, itulah sekecil-kecil perkara yang boleh melunturkan kualiti iman dan ibadah kita..Janganlah kita mencalari setiap amalan baik yang dilakukan.....~~

--Ujian malam 1 Ramadhan 1433H, Keindahan Tarawikh pertama di wilayah baru kami diganggu gugat , apabila kami stuck hampir setengah jam di masjid kerana kereta di 'block' oleh jemaah lain...Yang menjadi masalah, bukan kereta kami sebiji yang tersekat, banyak lagi kereta2 lain yang tersekat di laluan...--

::bukan keadaan sebenar...subjek yang ingin ditunjukkan Masjid Teluk Kemang :) ::
--Setiap yang datang itu ada 'ibrah di sebaliknya, dan kepada semua, marilah kita sama2 menjaga hak orang awam, janganlah menghalang laluan ramai, kerana sesungguhnya ini adalah perkara yang sangat dimurkai oleh Rasul tercinta-- Anyhow, Thanks Allah for this kind reminder..Alhamdulillah...untuk peringatan kami juga..semoga kenikmatan Ramadhan ini dapat dikecapi bersama-sama :) --



Dan, akhirnya, Ramadhan 1433H ini benar2 mendewasakan seorang aku :) Menyambut tetamu tahunan di wilayah baru, n for da first time berseorangan..heee~benar2 menguji jiwa n raga...semua perasaan ada..SEBAK??? for sure..paling banyak..hehe...tapi at least, dapat belajar macam mana nk jadi anak perantauan (haha..feeling lebeh sgt dh tu~~)

Thanks Allah 4 every single ni'mat...Semoga Ramadhan ini dapat mengembalikan kita kepada fitrah ~~
Taqabbalallah minna wa minkum, Taqabbal Yaa Kareem :)

::sahur  lone ranger untuk 1 Ramadhan~~sungguh menyedihkan~~Spaghetti goreng~~::


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Special thanks 4 da best companion ever 4 always being there 4 me..hehe
Love u damnly 4 da sake of Allah ...
It's really meaningful to have u around , :)
::excited boleh gi bazar n buka pose ngan enti :) ::
--ehh...lupe..speed terawih skali.keke--
Thanksssss enti


Okeh..up to this point only for now,..
Until we'll meet again in next entry..
Selamat Menghidupkan Ramadhan..
Ramadhan ,Satu Perjuangan :)
Wassalam 

Sunday, July 1, 2012

::Hebatnya Tablet Itu::







As-Salam.....

Dearie ms. bawangungu ...



As usual...bunches of sorry :(

Memang super duper lama tidak singgah di kebun bawang ini...

Bukan tak ada rasa untuk dikongsi..

Namun, macam biasa,ayat 'cliche' , masa yang tidak sempat dicuri ... :(



Hmmmm...sungguh pantas Jun berlari sehinggakan Julai datang tanpa disedari...

Sayonara Jun 2012, tentunya bulan yang membawa memoir suka duka yang sangat2 memberikan makna dan pengajaran hidup yang tidak ternilai....





::Mubarak  yaa Ramadhan::
Rejab sudah berlalu, Syaaban sedang meniti hari...Ramadhan pula bakal bertamu...
Ya Allah...kuatkanlah iman ini..berikanlah kesempatan padaku untuk menyambut tetamu agung ini..



Ahlan Yaa Ramadhan...semusim kami merinduimu.,..dan kini kami bakal menerima kedatanganmu lagi..
Izinkan kami yaa Allah untuk menghirup secangkir kemanisan bulan barakah ini...mencerap seberapa banyak yang mungkin bonus dan bonanza hebat yang datang bersamanya...

Semoga Ramadhan kali ini bakal menjadi Ramadhan terbaik buat kita semua...
Allahumma ameen


" اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان "
-jom, kita sama2 amalkan doa yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah ini-


::Juzuk-Juzuk Jun ::
                                                           -Jun 2012- 
Bingkisan tarbiyyah tidak putus-putus mendatangi kami...Namun, setiap yang dititipkan Sang Murabbi itu tentunya datang bersama secebis kekuatan pinjaman Yang Maha Pengasih..
Terima kasih Yaa Rabb atas segalanya...Hamdan lillah...kami masih di dalam peliharaanMu..Semoga rahmat dan kasihMu akan sentiasa mengiringi setiap langkah kami..
allahumma ameen..





Dan yang pastinya, yakinlah sentiasa bahawa setiap yang datang itu tersisip hikmah yang tidak ternilai ...
Allah tidak akan menurunkan setiap ujian tanpa tujuan..
Bersangka baiklah dengan Allah..dan semuanya akan menjadi sungguh indah...
::ارضى بما قسم الله لك تكن اغنى الناس::

-Redhalah dengan setiap bahagian kita yang telah direncanakan Allah, dan sesungguhnya kita akan menjadi orang yang paling bahagia-


::Tribute to her::

For my new bestest buddy, Nur Zahirah Zahid..
May Allah grant u the smooth sailing of everything
May Allah ease your way
Selamat bertabah wahai sahabat..
Sungguh, diri ini begitu mengagumi kekuatan yang ada padamu..
U are the choosen one dear..
And, the most important thing, u have to bear in ur mind that, there are too many reason that need u to be STRONG..
Berbahagialah teman dengan bingkisan tarbiyyah istimewa buatmu ini..
Gonna miss u dear..
Until we'll meet again..
Ijtahid wala taksal..
Bihifzillah...
Jangan bersedih kerana suatu perkara kerana 9 perkara lagi bakal menggembirakanmu
Love u dear!
doakan untuk noni jugak ye dearie :(
-dah takde geng sejabatan n jiran untuk tukar2 makan dah..--
-dah tak jumpa jed n ujang-- <even tak suka..hee~>

There is a gift that gold cannot buy
A blessing that's rare and true
That's the gift of a wonderful person coming into my life
Like I have in you,great buddy ~Zahirah Zahid


bounty sorry for any single mistake, flaw and shortcoming
thanks 4 every single thing
---thankss blender tu...wee~~ terharuu...
thanks to mr. fiqri jugak..keke
cepat2 tukar status okeh...ahha :b


::sori yaa...td time yaya dtg tadi sbnarnya tgh taip tribute neh...huhu::




::we gonna miss u:: sobsobsob




:: Chapter Baru::

Almost sebulan lebih dh semester baru bermula
dan.,.seperti biasa...semangat pun baru
even..skrg bukan lagi bergelar penuntut...
ttp...masih lagi di dalam proses menerima ilmu setiap hari...
yes, it is exactly like a circle..
sebuah kitaran yang tak pernah putus..
kita memberi dan menerima..
lagi banyak kita bagi..lagi banyak kita dapat..
same jugak..
makin ikhlas kita share portion ilmu kita yg tak banyak ni..
makin banyak yang kita dapat..
sungguh hebat aturan Allah..
dan..sungguh..kebahagiaan itu terdampar di sini..
walau kekadang ada sinar berbalam yang hampir melitupi bahagia itu..
namun dengan izin-Nya jua, secalit rasa yang indah itu ..mampu diraih jua..

kepada semua students ku yang baru
terima kasih untuk segala komitmen dan tanggungjawab kalian..
passion kalian membuatkan diri ini terus bangkit dari lena..
terus kuat untuk melawan setiap halangan yang mendatang..
kerana di situ lahir sebuah keperluan
keperluan untuk menjayakan usaha gemilang..
"memanusiakan seorang manusia"

inshaAllah..
semoga Allah sentiasa memberi ruang yang luas..
jalan yang mudah
untuk terus istiqamah dan kuat..
menjadi murabbi yang mampu diteladani..
semoga Allah memperkenankan usaha kecilku ini..
:)

Selamat memulakan jihad my dearie buddies
ijtahid wala taksal
man jadda waja 
--statement wajib every class..hehe--



~~Dan..moga rencanaku ini dipermudahkan-Nya~~



:: Luh Mahfuz::

Firman Allah di dalam surah al-Buruj ada merakamkan:
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ 
21. Ya, memang! Itu adalah Quran yang mulia!

فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ
22. Dalam lembaran (loh) yang terjaga.

'Dalam lembaran yang terjaga' terpelihara selamanya. la tidak hancur, sekalipun oleh Musa yang membanting lembaran-lembaran batu hingga hancur, karena salinannya dipelihara selamanya. Setiap orang adalah salinan dari lembaran yang terjaga. Masing-masing kita membawa salinan kesedaran yang sama. Salinan Alquran berada dalam hati, tapi kita harus berupaya membacanya. Membacanya bererti menghidupkannya, dan menghidupkannya bererti menyatukan lahir dengan batin. 
Jika kita tidak melakukannya, maka kita menjadikan Alquran hanya sebagai lembaran-lembaran kertas cetak belaka. Seakan-akan kita mempunyai sekotak vitamin yang tak pernah kita gunakan, sekalipun saat kita sakit dan memerlukannya. 
Kerana lembaran yang terjaga itu dipelihara selamanya, maka sifat abadinya inilah yang memberinya rahmat. Ia tetap selamanya. Bahkan hukum-hukum yang mengatur hal yang nampaknya sementara pun sudah pasti dan tidak berubah. Kaki langit yang kukuh, sistem di mana hukum berlaku, berubah. Tapi, hukum untuk dunia yang nampak ataupun tidak nampak sendiri tidak berubah sepanjang eksistensi ini terus berjalan



******************************************************

Ada diriwayatkan satu athar mengenai Luh Mahfuz daripada Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma : “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Luh Mahfuz  daripada mutiara yang putih, helaiannya daripada delima yang merah, penanya dari cahaya, kitabnya dari cahaya, bagi Allah 360 detik padanya, lebarnya adalah di antara langit dan bumi, Allah melihatnya sebanyak 360 pandangan setiap hari, Dia menciptakan, memberi rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan, menghinakan dan Dia perbuat apa yang Dia kehendaki.” 
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan ad-Dhiya’ al-Maqdisi. Al-Hakim berkata : Isnadnya sahih tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya. Al-Zahabi berkata dalam al-Talkhis : Nama Abu Hamzah itu thabit tetapi diawaahin].
*************************************************************************************************************************



Maka, benarlah seperti yang dikata, Luh Mahfuz ternyata merupakan satu tablet Allah yang melampaui semua kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini,  bahkan tablet ini mendahului semua yang ada, wujud sebelum keberadaan kita di atas bumi pinjaman-Nya ini

Segalanya telah tercatat di sana..
Dan segalanya tentunya akan bertamu..
Tidak cepat..dan tidak lambat walaupun sedetik..
Jodoh, Pertemuan, Ajal, Maut, Rezeki..
dan rencana hidup yang tidak pernah kita duga,,
semuanya dalam kuasa Yang Maha Esa

Siapalah kita untuk menolak dan mempertikaikan segala yang telah direncanakan dalam 'tablet' kehidupan kita yang hebat itu..

Teruskan berdoa untuk  yang terbaik untuk semua sisi..
Allahu Musta'an..
Allah tidak pernah akan menghampakan hamba-hambaNya yang bertawakal..


Kepada semua yang masih setia dalam penantian..
ini perkongsian buat anda..
Yang Soleh untuk Solehah.
Dan Yang solehah untuk soleh..

Kita semua adalah SOLEHAH selagi mana kita berusaha untuk utuh di jalan Allah..
Hasbunallahu wa ni'ma maula wa ni'ma wakil..
Allah tidak pernah akan meninggalkan bersendirian dan di dalam simpulan yang sulit selagimana kita memilih lorongNya...

Pilihan di tangan kita..
Jom...usaha yang terdaya untuk merealisasikan dan menyempurnakan yang terbaik untuk 'tablet' kita




**************************************************************
Jangan pernah berkeluh kesah dengan segala yg telah Allah peruntukkan kepada kita
Jangan pernah mempersoalkan Allah bilakah Dia akan menunaikan hajat kita..
Tetapi yakinlah bahawa Dia sedang mempersiapkan laluan dan bahagian yang terhebat untuk kita...

Setiap yang kita terima sesuai dengan kadar kita pada hari ini..
Teruslah meminta..kerana Dia suka hambaNya yang meminta-minta

::17 kali setiap hari kita memohon agar Allah memandu kita di jalan yang lurus::
so, put our ultimate trust only in Him..




Until we'll meet again BawangUngu di lembaran yang seterusnya
Salam sayang 
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita
Bihifzillah






** Happy Birthday My dearie buddy, Shakina Hj Mohd Said.. 
   Moga Allah kurniakan nikmat iman n islam yang sentiasa bertambah..
   Berjaya dunia akhirat


  Dipermudahkan dalam setiap urusan..





** Selamat pengantin  baru kak irma n bro redza..
  Moga Allah merahmati bahtera Islam kalian..
 Impressed with you..
 Allah totally mengurniakan segala yg terbaik untukmu kakak...setimpal dengan usahamu :)
 Love you & Miss SOLEHAH '11


                                                     -Solehah in memory-


                                               Wasalam 


::feveret song for this moment::
kerdil dengan kekuasaan Allah 
jom, hayati






::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D