Thursday, August 25, 2011

::P.E.M.E.R.G.I.A.N::

As-Salam

Allah Ya Nuurul Adzhim telah menukilkan dalam surah Al-Baqarah : 155


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa 

musibah

 mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya 

adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~

 Surah al-Baqarah , ayat 155



 ::Kullu Nafsin Dhaa Iqatul Maut - Every Soul Will Taste Death::


**********************************************
berita pemergian mereka secara berturut-turut benar-benar menyentap hati dan sanubari aku,..
aku rasa wajar untuk aku katakan ...byk ruh yg dijemput-Nya sepanjang Ramadhan ini..
yang dkt dgn aku..apatah lagi
insiden semalam masih lagi utuh melekat dalam kotak fikiran aku,
dan sampai ke saat ini pon..paparan babak2 semalam masih rapi dan ligat berlayar di ingatan aku..
sungguh..aku tidak menyangka..sekujur badan yang aku tatapi semalam adalah arwah ayahanda tercinta kpd teman baik aku, Lina Syamimi..
Ya Allah...berita itu benar2 menyentap seluruh urat rasa aku..
mangsa tersepit yg cuba dikeluarkan oleh bomba smlm adalah arwah papa..
insan yg agk rapat dgn kami..seorang yg sgt mesra dan luhur ...
sungguh..kebetulan itu benar2 membuatkan aku sesal..
sesal krn aku antara yg lewat menerima berita itu..walaupun..aku menyaksikan kejadian tersebut di hdpn mata sendiri...
Allahuakbar,..
rencana Allah punya hikmah tersendiri...
Moga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman dan beramal soleh..
kepada sahabat yg tercinta..
moga kalian sekeluarga kuat dan tabah menerima ujian Allah ini..
sama-samalah kita mendoakan yg terbaik buat arwah
Al-Fatihah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kita ditemukan untuk dipisahkan..
dan kerana itu..kita harus akur dan redha untuk setiap ketentuan-Nya..
kita masih lagi ditaklifkan amanah oleh Sang Pencipta
memegang mandat sebagai khalifah untuk sedikit masa lagi..
jadi..ayuhlah...kita sama2 memanfaatkan peluang yg ada ini..
untuk memanifestasikan makna penciptaan kita sebagai hamba-Nya..
moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur..

~~~~~~~~~~~~~~
KEHILANGAN...

suatu perkataan yg mungkin memberi konotasi yg agak negatif dalam kamus mana2 individu..
aku sendiri...sudah cukup fobia dgn term itu..

siapa sahaja yg  sukakan K.E.H.I.L.A.N.G.A.N??
boleh kata...semua org ingin mengelak dr menghadapi frasa ini...
namun...rencana Allah...tiada siapa mampu menolaknya...

itu antara suatu yg pasti berlaku dalam kitaran hidup mana-mana insan..
dan inilah sebenarnya yang mampu mentarbiyyahkan seorang hamba...
membawa hikmah yg tersendiri...
yg mungkin tidak dapat kita singkap pada hari ini..
tapi memberi makna yg bernilai untuk hari esok....

di lewat Ramadhan ini...
sebuah rindu datang lagi,..kali ini..benar-benar menggamit aku
dtg dr pemilik hati dan nyawaku ini..
aku rindu..
rindu untuk sama2 menghayati barakah ramadhan dengannya..seorang lagi abg aku..yg benar-benar dekat di hati aku,,
yg saban malam mengimamkan terawihku..
atau memboncengku ke mana2 masjid atau surau..
memimpinku untuk sama2 menghargai tetamu Ramadhan ...
terima kasih sang abang ...untuk sebuah memori yg cukup indah..
terima kasih Allah..kerana meminjamkan arwah kepada kami untuk seketika..

terasa semalam kami masih bersama,
hakikatnya, 11 tahun sudah berlalu..
dan sepanjang itulah juga..Ramadhan kami sepi tanpanya..
allahyarham Tuan Mohd Tarmizi...semoga roh-mu ditempatkan di taman syurga-Mu ya Rabb...
sepanjang itulah juga..aku setia merinduimu,,,
Al-Fatihah~~


-----------------------------------------------------------
kepada Ramadhan yg bakal berlalu pergi..izinkan aku menghirup secangkir barakahmu..menikmati kemuliaan yg kau bawakan...
ku pohon..agar..kau tidak segan mngunjungiku lagi..di tahun tahun mendatang...biiznillah :)
Eid mubarak..
bersama kita kembali kepada fitrah~~


************************************
sebuah percaturan bakal diatur..
Ya Allah..
kau permudahkanlah segala laluanku ini..
sesungguhnya..rencana-Mu teramat teliti dan rapi
tidak mungkin dpt disanggah...apatah lagi dipersoalkan..
moga setiap yg aku aturkan ini...diiringi cebisan redha-Mu Ya Allah
dipinjamkan kekuatan oleh-Mu...sbg supplement .,..bekalan untuk meniti hari-hari mendatang... ")


**************
::kepada yg sentiasa menyokong diri ini...hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian
::kpd keluarga yg sntiasa kuat di sisi...kalian anugerah terbesar dr Sang Pencipta buat saya...
::Sanah Helwah buat seorg teman yg jauh berkelana...moga sentiasa dm lindungan Allah :)


-----------------------------------------
bersama kita menghargai sisa-sisa ramadhan yg dtg bersama 2 syafaat ini...Quran dan puasa...

moga kite bersama dlm golongan yg sentiasa berebut untuk memperoleh bonus tahunan ini

-wassalam-





::noni@yzamia::

::noni@yzamia::

::HEARTHROBS::

::FAMILY IS MY GREATEST KINGDOM & ALWAYS BE MY FIRST::
::ALLAH BLESS ME WITH SO MANY SINCERE- GREAT-WONDERFUL-AWESOME-FRIENDS & BUDDIES:: HAMDAN LILLAH :D